Tuesday, December 1, 2015

Empat tahun aku menyendiri. Bukan aku tidak suka. Kesempatan yang dicari tidak pernah kutemui. Banyak benda yang kulalui. Kucoret semua di sini tidak mungkin. Namun begitu, sepanjang perjalanan ini tetap kuteruskan. Hari ini esok dah entah sampai bila. Kematian hidup manusia telah tertulis.Hanya doa semuga kesihatan kita dilindungi dan sihat sepanjang hidup untuk beribadat kepada Pencipta.

Tuesday, June 11, 2013

Ketakutan Buat bunga

Semua yang bernama manusia suka bunga. Kecil besar tua muda. Sungguh cantik bunga bila berkembang. Ada yang mengharum wangi dan ada yang langsung tidak berbau. Berwarna cantik pasti menarik perhatian serangga. Tidak cantik tapi masih menyerikan tetap menjadi teman untuk mereka yang sukakan bunga. Bunga yang tumbuh dihutan tersembunyi dicelahan pepohonan rimbun dan berduri. Jika cantik masih menjadi rebutan penggemar bunga. Sayang bunga kemboja. Berada dikubur menjadi ketakutan manusia. Warna putih yang anggun bersih masih tidak mampu mendekatkan manusia untuknya. Warna yang harum menjadi ketakutan. Apapun sesungguhnya bunga tetap menjadi impian manusia memilikinya!

Thursday, June 6, 2013

Duri

Duri menikam jika kita pegang atau terpijak. Pastinya sakit. Duri dalam daging menjadi simpulan bahasa yang juga menyakitkan. Membuang duri dijalanan mendapat rahmat Tuhan Pencipta Alam.

Saturday, March 16, 2013

Kata-kata Rudyard Kipling Apabila engkau sanggup mengekang nafsumu,tahan pada masa semua orang telah ditarik oleh syahwatnya, apabila engkau sendiri masih percaya kepada dirimu, pada masa orang lain telah ragu. Apabila engkau telah sanggup menghiasi wajahmu dengan ksabaran dan menunggu dengan tenang. Padahal pelbagai tuduhan telah ditimpakan kepada dirimu. Apabila engkau sanggup mengambil kepastian dengan tidak dipengaruhi oleh angan-angan dan dapat mengendalikan fikiran. Apabila engkau sanggup mengatasi hidup, tidak terlonjak gembira bila dia datang, dan tidak terlalu bersediah bila dia pergi. Tidak sukacita tatkala tertawa dan tidak berduka ketika sedih. m/s81;Prof Dr Hamka buku peribadi.

Saturday, February 9, 2013

pagi

Embun pagi telah ada ketika kita bangun. Tidak kita sedar bila turunnya. Kita tidur. Embun tetap turun dan menitis. Kita dapat merasainya ketika pagi. Hebat. Tanpa bunyi. Tidak seperti hujan yang mencurah. Lebat. Bumi yang disirami embun segar walaupun sekadar membasah.

Monday, January 21, 2013

Bantal

Bantal tempat meletak kepala untuk tidur. Bantal kekabu atau daripada sabut kelapa pun sudah mampu kita meletakkan kepada ketika keletihan untuk tidur. Di situ kita mungkin bermimpi indah atau apa sahaja yang terpancar diminda.

Langkawi,Lubuk Chempedak tahun 1989

Bermula di sini. Tahun 1989. Tempat pertama kerjaya seseorang. Di sini kehidupan dikenali. Mengharungi kehidupan yang tidak berpenghujung ketika itu. Adakah begitu hidup ini. Nyata tidak benar. Hidup pasti ada penghujungnya. Hanya Tuhan yang tahu hayat kita.

Friday, October 26, 2012

Kaktus

Kehidupan seperti kaktus? Senang tak perlu banyak minum. Tak perlu banyak air. Hanya perlu kepanasan yang sesuai. Namun duri yang tajam meyulitkan manusia menyentuhnya. Tersentuh akan ditikan duri tajam. Berdarah .

Friday, October 12, 2012

pulau daratan

Bila berada di pulau kita ingin ketanah daratan luas. Bila berada didaratan kita rasa akan ke pulau. Pulau dan daratan tak mungkin sama bertemu.

Buku yang Diam

Bagi pencinta ilmu, buku adalah pasangan paling setia. Ke mana saja mereka pergi akan tetap ditemani pasangannya ini. Al-Jahiz, seorang ulama besar Islam yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan sehingga mati tertindih oleh bukunya pernah berkata ‘buku itu akan diam bila engkau menyuruhnya diam. Dia tidak akan mengganggumu jika engkau sedang bekerja. Tetapi apabila engkau diulik kesepian, dialah teman yang akan menjadi temanmu paling baik’.

Jadi Diri

Menjadi diri sendiri bukanlah sesuatu yang mudah.Kita mampu berdiri sendiri tetapi pasti adanya halangan dan rintangan.Pendirian yang kita pegang adakalanya goyang kerana serbuan yang tidak disangka-sangka.Menepis serbuan daripada pelbagai penjuru pastinya merimaskan.Hanya orang yang punya kekuatan mampu mengatasinya. Mungkin dengan caranya sendiri.

Halau Nyamuk

DARIPADA 2,800 spesies nyamuk di dunia, nyamuk tiruk dan aedes antara yang berbahaya kerana membawa demam denggi dan malaria. Tempat pembiakannya di kawasan air bertakung, semak-samun dan sampah sarap. Mereka yang membina kolam buatan wajib bersedia dengan langkah pencegahan supaya kediaman tidak menjadi sarang nyamuk. Bawang
· Herba mujarab menghalau nyamuk.
· Digunakan sebagai kandungan penyembur kimia dan serbuk menyah nyamuk. · Tanam pokok bawang di pinggir kolam supaya nyamuk tidak mendekati kawasan berkenaan.

Keadilan

Jika salah sebatang dicabut,
salah serumpun dibongkar,
salah separuh dirambah,

maksud: Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan.

Kebesaran Ilahi

Manja atau Sayang

Ada antara kita yang suka untuk dimanjai,memanjakan atau buat-buat manja.Ada yang memberi alasan itu adalah salah satu tanda kita menyayangi seseorang.Benar atau tidak bergantungkepada interpretasi masing-masing. Begitu juga dengan cara perlaksanaanya. Namun begitu, sifat manja tidak sama dengan sifat sayang. Sedar atau tidak, manja lebih banyak membawa kesan negatif daripada positif.

Gerhana Matahari

Gerhana Matahari
Besar Ciptaan Allah itu.

HARGAI MASA

Tutup Tutupan

Tutup Tutupan
Muka Tutup Tutup Muka?

Muka pinggan

Muka pinggan
malu kucing

mati tetap mati


Perlu dedah perkara sebenar di sebalik kematian K Kugan - Nik Aziz

Salmah Mat Husain Wed Jan 28, 09 8:19:15 pm MYT
KOTA BHARU, 28 Jan (Hrkh) - Pihak berkuasa tidak perlu menyembunyikan perkara sebenar di sebaliknya kematian seorang pemuda India, A Kugan, kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, tindakan kerajaan menghalang dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang menyertai perarakan mayat A. Kugan membuktikan kerajaan tidak telus.
"Saya sedih dengan kematian K. Kugan baru-baru ini, walaupun dia tidak sebangsa dan tidak seagama dengan kita, namun dalam Islam nilai kemanusiaan lebih diutamakan berbanding bangsa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Di Kuala Lumpur petang tadi polis dilaporkan menahan empat lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjelang perarakan mayat A Kugan yang didakwa mati dibunuh dalam lokap polis minggu lalu.
Mereka ditahan dekat pintu masuk utama hospital itu dan kemudian dibawa ke Balai Polis Brickfields.
Ratusan orang berkumpul di kawasan PPUM bagi menyertai perarakan mayat A Kugan ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu akan menghantar seorang wakil untuk menghulurkan sumbangan kepada keluarga mendiang K. Kugan.
Menurutnya, apa yang beliau diberitahu K Kugan bukan dari kalangan keluarga yang berada.
"Jadi dalam keadaan yang sebegini amat sesuai kita menghulurkan sumbangan tanda kita juga turut bersimpati terhadap apa yang berlaku.
"Saya nak pergi sendiri kebetulan keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan sekarang, jadi saya akan menghulurkan sumbangan berkenaan kepada wakil saya," ujarnya.
Sekali lagi beliau menegaskan PAS tidak bersetuju cara kerajaan merahsiakan perkara sebenar di sebalik kejadian berkenaan.
Menurut beliau sekiranya manusia berjaya menutup kemungkaran di dunia, namun di akhirat pendedahan pengkhianatan tetap akan berlaku.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, ramai mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, begitu juga apa yang berlaku terhadap K. Kugan perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya.
"Sebab ini semua soal kemanusiaan bukan lagi soal agama, apa lagi perkauman.
"Al-Quran telah menyebut mana-mana manusia membunuh orang lain, seolah-olah dia membunuh seluruh umat manusia, begitu juga sekiranya manusia itu menyelamatkan seorang, bererti menyelamatkan seluruh manusia," katanya. - mj � _

Menanti dan Menunggu

Menunggu dan menanti dua benda yang sama.Menanti ketibaan orang,berlakunya atau berlangsungnya sesuatu,menyambut atau menyongsong Menanti pula menunggu,tersedia untu dihadiahkan. Detik menanti atau menunggu memang menyiksakan. Lantaran itu isikan menanti atau menunggu itu denagn berzikir kepada Allah. Pastinya masa itu akan cepat dan pantas. Disamping dapat pahala.

Terlalu banyak fikir boleh gemuk

LONDON: Seseorang itu juga boleh menjadi gemuk jika dia terlalu banyak berfikir yang menyebabkannya tertekan, dakwa satu kajian terbaru. Kajian itu juga menunjukkan, orang berkenaan biasanya akan terlebih makan kerana lebih banyak kalori diperlukan untuk membantu berfikir. Pasukan penyelidik yang diketuai Dr Angelo Tremblay mengukur pengambilan makanan secara spontan membabitkan 14 pelajar selepas mereka diberikan tiga tugasan.

Pertama, mereka diminta berehat dalam keadaan duduk, kedua membaca dan merumuskan satu teks sebelum diminta melengkapkan satu siri memori, tumpuan dan ujian waspada melalui komputer. Selepas 45 minit bagi setiap aktiviti, peserta diundang untuk makan sebanyak mana yang mereka mahukan. Penyelidik mendapati, bagi setiap sesi kerja intelektual ia hanya memerlukan tiga kalori lebih daripada waktu rehat.
Tetapi, walaupun tidak banyak tenaga dihabiskan dalam kerja mental, pelajar secara spontan mengambil lebih 203 kalori selepas merumuskan satu teks dan 254 lebih kalori selepas ujian komputer. - Agensi

Phi Phi Island,Thailand

Phi Phi Island,Thailand
Sampan Cari Makan?

PPSMI kerja gila

Ali Bukhari Amir Wed Dec 31, 08 1:29:59 pm MYT
Hj Abdul Rani bin Wahab berkata..

Sejarah menunjukkan bangsa-bangsa besar yang maju mempelajari ilmu dalam bahasa asing tetapi tidak menggunakan bahasa tersebut ke dalam tamadun mereka.
Penemuan arkeologi menunjukkan Tamadun Indus mendalami ilmu pengetahuan mereka dari Tamadun Mesopotamia tetapi mereka membangunkan tamadun mereka dengan bahasa mereka. Buktinya penemuan transkripsi tulisan mereka sendiri yang belum boleh dibaca oleh pakar-pakar masa kini.
Ketika tradisi keilmuan Islam berkembang, orang-orang Eropah yang dalam zaman kegelapan telah pergi ke pusat-pusat keilmuan Islam untuk mendapatkan ilmu.
Mereka kembali ke tanah air mereka hingga membawa kepada kemunculan revolusi Eropah. Bangsa Eropah tidak menggunakan bahasa Arab tetapi mereka mengadaptasi mengikut keperluan semasa.

Dalam era moden, Jepun yang tewas kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua telah menghantar pelajar-pelajarnya untuk menuntut ilmu di Amerika Syarikat.
Mereka kembali ke tanah air mereka dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Tidak lama selepas kekalahan itu, mereka datang kembali ke Asia Tenggara, malah ke seluruh dunia dengan kuasa ekonomi dan yang kuat akibat peningkatan ilmu pengetahuan.

Persoalannya sekarang.

Bahasa menunjukkan bangsa, bagaimana hendak dikatakan bangsa Melayu akan wujud lagi suatu masa nanti kalau bahasanya sudah tiada. Buktinya surat khabar jawi telah menjadi akhbar sisipan seminggu sekali selepas kira-kira 30 tahun ia ditinggalkan dari arus perdana pendidikan.
Kemungkinan senario ini terhadap surat khabar Bahasa Melayu akan terjadi tetapi berdasarkan keadaan semasa, tempoh 30 tahun adalah terlalu lewat untuk melihat buktinya.
Penghormatan bangsa lain terhadap orang Melayu.
Analogi yang mudah, suatu masa dahulu, ketika sebelum perlaksanaan SPM pensijilan terbuka, pelajar-pelajar bukan Melayu akan cuba meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kerana keperluan kredit untuk mendapatkan gred 1 ataupun gred 2 dalam SPM.

Tetapi apabila pensijilan terbuka, calon-calon hanya perlu lulus dalam Bahasa Melayu untuk mendapatkan kelulusan dalam SPM. Selain itu mereka juga perlu meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu untuk menguasai mata pelajaran lain. Siapakah yang berani mengatakan penghormatan itu semakin meningkat pada hari ini?

Kaitan dengan agama Islam. Bahasa jiwa bangsa. Umumnya di Malaysia orang Melayu masih lagi sinonim dengan agama Islam. Perlembagaan Persekutuan menjelaskan maksud yang hampir sama. Bangsa ini telah terdidik dengan ruh Islamnya sejak ratusan tahun dahulu.
Istilah-istilah dalam Bahasa Melayu banyak berkaitan dan berasal dari hal-hal keagamaan. Secara tak langsung apabila istilah-istilah tersebut ditinggalkan, lama-kelamaan amalan agama juga turut terjejas.
Buktinya, salah satu elemen penting dalam Bahasa Melayu ialah tulisan jawi. Apabila tulisan jawi tidak digunakan maka banyak istilah-istilah agama menjadi tidak tepat sebutan dan maknanya jika ditulis dalam tulisan rumi.

Perbandingan dengan bangsa lain.

Bangsa lain tidak sedikit pun mau berganjak dari mempertahankan bahasa mereka. Malahan mereka menggerakkan di setiap ruang yang ada. Mereka pertahankan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah jenis kebangsaan dalam bahasa ibunda mereka.
Mereka usahakan untuk meletak walaupun sepatah perkataan di atas sebatang jalan. Buktinya mereka tegakkan papan tanda dalam bahasa mereka apabila berkuasa walaupun dalam ruang yang terbatas.

Hj Abdul Rani bin Wahab Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis

Phi Phi Island 2,Thailand

Phi Phi Island 2,Thailand
Lorong Tsunami?

Teknologi dan Ciptaan Allah

Teknologi dan Ciptaan Allah
Begitulah

Salah siapa budak sekolah tak minat.?

Keberanian perlu ada bagi yang hendak berjaya. Sain mathematik dalam bahasa Inggeris. Orang berani mengubahnya. Hasilnya beranilah menaggung resiko. Anak-anak Melayu jadi malas belajar kerana itu. Buat apa belajar benda yang tak faham. Betul juga. Dulu hanya bahasa Inggeris tak minat belajar sekarang tambah lagi sains dan mathematik.

Salah siapa...................

Bongok ke tak Bongok???

Semua bebudak sekolah suka cuti.Cikgu-cikgu juga suka. Banyak benda boleh dibuat. Baca buku,merempit jalan-jalan dan banyak lagi benda faedah dan tak faedah boleh dibuat. bagi yang pandai maka bergunalah cuti. Bagi yang bongok maka sia-sialah cuti.

Kenduri

Rata-rata cuti sekolah orang kenduri. Macam-macam kenduri.Kawin, khatan,cukurkepada dan macam-macam kenduri lagi. Baik sangat kenduri. Tapi yang tak baik juga banyak.
Kalau kenduri sampai bergadai bergolok tak payah kenduri. Hari kenduri ramai orang datang makan. Lepas kenduri kita yang pening kepala nak langsai hutang. Tak siapa suruh. Jadi fikirkan. Utamakan yang wajib

Pagi at Kenyir

Pagi  at Kenyir
Alam Asing

dj kenduriii syok sendiri


Ada di kalangan deejay kenduri ini menjadikan kenduri seperti tapak pesta dengan memutarkan lagu-lagu dengan kuat Lagu tak sedap dan sesuai dengan situasi. Mengganggu para tetamu untuk bertanya khabar.

Surat Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Kepada Barrack Obama Presiden Amerika Syarikat


"Sudilah kiranya menerima ucapan tahniah setulus ikhlas selepas kejayaan yang hebat dalam kerjaya tuan apabila mampu sampai ke kemuncak dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44,"
"Semoga Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani mengurniakan keberanian dan jalan yang benar dalam menampalkan semula ayat-ayat suci kitab Injil yang telah dikoyak.
"Nabi Isa a.s tidak sama sekali seorang yang ganas atau menjadi pengkhianat terhadap umat manusia,"
"Marilah kita sama-sama mempereratkan hubungan dua hala dalam proses saling hormat-menghormati demi faedah dan kepentingan bersama.
"Tahniah sekali lagi. Semoga Allah melimpahkan segala belas ehsan dan kasih sayang kepada kita," katanya.
- mj _

Exam Dah habis...

Exam dah habis. SPM,STPM juga kat 'U'. Lega bagi yang study siang malam. Bagi yang tidak study, habis atau tidak habis sama saja. Lepas ini ke mana mereka ini. Habiskan waktu begitu sahaja. Bagi yang tahu menghargai waktu pastinya diisi dengan sesuatu yang berguna. Berguna untuk diri sendiri,keluarga.

periuk kera

periuk kera
hutan perlis pokok misteri yg makan serangga

Pemandangan 1

Pemandangan 1
Indah ciptaan Ilahi

Pemandangan

Pemandangan
Tasik Kenyir,Malaysia jam 6.00pm

Saksikan Kebesaran

Saksikan Kebesaran
tkenyir malaysia

Kenyir masa pulang

Kenyir masa pulang
Bukit dan bayang.Bayang dan Bukit

teratai

teratai
kuala perlis wang pinang

Usia 39 tahun paling cerdik

Manusia mencapai tahap kemuncak kecerdikannya pada usia 39 tahun sebelum ia mulai menurun secara ketara selepas itu, menurut dakwaan satu kajian terbaru.

Saintis Universiti California, Amerika Syarikat mendakwa keadaan itu berlaku selepas tubuh kehilangan salutan lapisan lemak pada otak yang mengawal sel saraf dikenali ‘neuron’, selepas usia 40-an.

“Selaput itu bertindak seperti lapisan plastik yang melindungi kabel elektrik. Ia berperanan penting bagi melancarkan isyarat elektrik yang berlaku di sekitar otak serta tubuh,” kata hasil penyelidikan itu yang dipetik media tempatan. - Agensi

melamin mudarat kena baca?

Melamin, sejenis bahan kimia yang kaya dengan nutrien, selamat digunakan dengan jumlah yang sesuai jika tidak dicampurkan dengan asid sianurik yang boleh memudaratkan manusia."Orang ramai hanya tahu tentang melamin, tiada sesiapapun bercakap tentang asid sianurik. "Sebenarnya asid sianuriklah menjadi punca tersirat masalah keracunan makanan yang membunuh kanak-kanak di China,"

"Kehadiran melamin dan asid sianurik secara bersendirian tidak berbahaya kepada manusia, tetapi kini masalahnya timbul apabila melamin digunakan bersama-sama asid sianurik,"

"Kehadiran melamin dalam susu adalah untuk menambahkan kandungan protein, tetapi hasil kajian kami menunjukkan susu turut mengandungi asid sianurik yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang. "Susu yang baik ada nutrien yang tinggi, apabila pengeluar susu mencampurkkan air dalam susu semata-mata untuk mengaut keuntungan, mereka akan memasukkan melamin bagi mengimbangkan tahap nutrien agar tidak dikesan oleh pembeli.

melamin merupakan bahan kimia yang tidak berwarna dan tidak mempunyai rasa.

"Secara saintifiknya penggunaan melamin tidak berisiko jika mematuhi had penggunaannya, sama seperti panadol... jika guna sikit jadi penawar, jika berlebihan akan membawa kemudaratan,"

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tahap melamin yangdibenarkan dalam makanan kanak-kanak adalah 1ppm (1 bahagian dari sejuta) dan 2.5ppm bagi orang dewasa. Kanak-kanak sering menjadi mangsa kerana mereka sentiasa bergantung kepada susu. "Manakala asid sianurik pula, kami tidak pasti, kami sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu (iaitu) kenapa asid sianurik hadir dalam makanan dan sama ada boleh diganti dengan bahan lain," tambahnya. Mengenai susu dan bahan makanan yang diimport dari negara lain yang turut tercemar dengan bahan melamin, beliau berkata berkemungkinan makanan haiwan serta baja yang digunakan oleh negara itu diimport dari China dan terdedah dengan melamin dan asid sianurik.SUCXes ditubuhkan pada 1999 hasil kerjasama antara Universiti Malaya (UM) dan syarikat analisis berteknologi tinggi antarabangsa, Shimadzu dan Fisher Scientific. Ia berperanan sebagai pusat latihan, perkhidmatan dan penyelidikan.

Aku hidup

Aku hidup dengan kuasa Tuhan
Tuhan yang menghidup dan memati
Tak mengerti hidup tanpa amalan
Terus hidup dengan mencari

Manusia Yang Berfikir

Kenapa manusia perlu berfikir. Melalui fikir manusia tahu siapa dia. Tuhan letakkan kepala manusia di atas dan akan sentiasa di atas. Ketinggian itu perlulah untuk memikir dan berfikir.Lembu meletakkan kepala di bawah meragut rumput-rumput. Adakah lembu berfikir? Tak mungkin atau mungkin. Bagi manusia yang berfikir mereka mesti lebih pandai daripada apa yang udangjanggut nyatakan .Gitulahhhhhh

Malas udang janggut 1

Malas sifat manusia. Kenapa malas? Sukar untuk dihurai. Terutama pelajar. Dia orang malas banyak sebab:antaranya tak tahu benda yang dia orang belajar. Masuk kelas dengar benda yang sama tapi tak faham.Malaslah dia!

Orang tua malas kerana dia dah lama bekerja. Masa tualah nak berehat. Kalau tua-tua pula kena jaga cucu maknanya anak-anak yang dia didik malas nak jaga anak mereka sendiri, atau bukan malas. Mungkin ada komitmen lain jadi malaskah itu?

Malas anak dara pula semacam. Dia malas nak bersiap diri. Malas nak masak dan sebagainya. Kalau berlaku macam ni malaslah udangjanggut nak cakap apa nak jadi.

Jadinya malas kerana siapa? Manusia sendiri atau Tuhan yang tentukan!!!

highhh

highhh
kokopls

cantikkk

cantikkk
sama kita renungkan

hutan

hutan

redang byk udg

redang byk udg

nelayan muda

nelayan muda
aduh.....besar ke???

hidung mata mulut

hidung mata mulut
manusia oh manusia

Muka Ku

Muka Ku
Nyonya-nyonya

kaki tangan

kaki tangan
Banyak guna.Gitu-gitu

kasut buruk???

kasut buruk???
Lasak kaki.Kaki lasak

alamat utube mufti pls

Kisah Hebat Umar Abd Azizhttp://www.youtube. com/watch? v=rlInBVodHMg& feature=relatedhttp://www.youtube. com/watch? v=uNs7UAWuPkQ& feature=relatedhttp://www.youtube. com/watch? v=zcXQgJcR4Co& feature=related
Cabaran Seorang Muftihttp://www.youtube. com/watch? v=fbwYQD2gIO4& feature=related
Pengajaran Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahimhttp://www.youtube. com/watch? v=H0lp0F7lcc0& feature=related
Kenapa Para Rasul Sabar Dlm Berdakwah?http://www.youtube. com/watch? v=U9UgrHr6ZtE& feature=related
Jangan Putus Harapanhttp://www.youtube. com/watch? v=sELE13PiCW4& feature=related
Syurga dan Nerakahttp://www.youtube. com/watch? v=0Xr-Da0T3G0& feature=related
Fokus yg Salah Terhadap Hiburanhttp://www.youtube. com/watch? v=NprqvdAGlZo& feature=related
Ujian Di Dlm Dakwah (Hadith Khabbab r.a) http://www.youtube. com/watch? v=7eFkjtj1Yy0& feature=related
Islam Meraikan Perasaan Seseoranghttp://www.youtube. com/watch? v=FJ_1Vb4CpY0& feature=related
Latar Belakang Ibn. Abbas r.ahttp://www.youtube. com/watch? v=notN0SOQUYI& feature=related
Kisah Imam Bukhari & Imam Muslimhttp://www.youtube. com/watch? v=qtprcegJSLA& feature=related
Jumlah Bukan Penentu Kebenaranhttp://www.youtube. com/watch? v=7j__0LOv7Ao& feature=related
Teras Ibadah Memerlukan Dalilhttp://www.youtube. com/watch? v=OMj0-zJAFJM& feature=related
Teras Aqidah Di Dalam Islamhttp://www.youtube. com/watch? v=7UMZBC1jVYQ& feature=related
Masuk Islam Secara Keseluruhanhttp://www.youtube. com/watch? v=6lXFe9rkj0c& feature=related
Strategi Dakwahhttp://www.youtube. com/watch? v=laER9OfCUAE& feature=related
Larangan Tolong Menolong Dlm Dosahttp://www.youtube. com/watch? v=vmAc3qf7dPA& feature=related
Apabila Fitnah Dianggap Sunnahhttp://www.youtube. com/watch? v=FR3WPLebFs4& feature=related
Pengertian Ulama’ Pewaris Nabihttp://www.youtube. com/watch? v=_KSvrVOBnZU& feature=related
Menjaja Cerita Orang Lainhttp://www.youtube. com/watch? v=R9yErGacnLg& feature=related
Hukum Mengadu Dombahttp://www.youtube. com/watch? v=pDfCpmxCvkA& feature=related
Hikmah, Tujuan, dan Sebab Puasahttp://www.youtube. com/watch? v=BSfCnxMHreY& feature=related
Taubat Mesti Disusuli dgn Amal Solehhttp://www.youtube. com/watch? v=cb5H6uO3ql4& feature=related
Sunnah Nabi SAW Sebelum Tidurhttp://www.youtube. com/watch? v=_rQdFcFJNC0& feature=related